Ahad, 24 Ogos 2014

PENDUDUK 'ORANG ASAL' KG TILIS LEGA ISU TANAH DIAMBIL PERHATIAN UMNO, MENTERI PERSEKUTUAN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Golongan masyarakat 'orang asal' suku kaum Murut Taghol yang kini sedang menghadapi tindakan pengusiran oleh pihak berkuasa Jabatan Perhutanan kerana dituduh telah menceroboh dikawasan hutan simpan Mukim Tomani secara haram merasa lega selepas rintihan mereka mendapat perhatian daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

YAMBARIS MULI
Salah seorang daripada golongan 'orang asal' Yambaris bin Muli 39, ketika ditemui bagaimana pun mengucapkan terima kasih kepada Umno Tenom kerana membangkitkan masalah yang mereka hadapi sebelum ini semasa persidangan parti itu dan ternyata ia mendapat perhatian serius.

“ Kami juga berterima kasih kepada Adun Kemabong Datuk Rubin Balang kerana begitu prihatin kepada masalah kami sehinggalah isu tanah di Kg Tilis ini dijadikan agenda perbincangan dalam persidangan Umno...dan kami harap ia akan mendapat perhatian serius daripada Ketua Menteri Sabah.

“ Sejujurnya kami tegaskan bahawa usaha titik peluh kami selama lebih 30 tahun lalu sudah pun membuahkan hasil dengan tanaman getah dan kelapa sawit...malahan ekonomi kami pun bolehlah dikatakan sangat baik daripada sebelum kami dipindahkan ke kawasan penempatan Kg Tilis ini,” kata beliau ketika memberitahu pemberita pada Ahad.

Ketika ditanya sama ada kehadiran mereka semasa persidangan itu telah dirancang lebih awal kerana kehadiran mereka itu telah dilihat siap dengan 'banner' beliau berkata, “ Kami juga adalah penyokong BN dikawasan itu dan kedatangan kami disitu sebagai pemerhati semasa persidangan itu.

"...(tapi) jika ada kesempatan berjumpa Menteri kami luahkan masalah yang kami hadapi secara bersemuka...bagaimana pun peluang kami tidak ada, maka kami keluarkan 'banner' yang kami sediakan sebelum ini supaya Menteri dapat melihat isi hati rintihan kami melalui tulisan dalam 'banner itu,” katanya.

Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Umno dikatakan telah terkilan apabila beberapa isu yang belum selesai dibangkitkan antaranya masalah tanah malah telah menjadi usul utama dipersidangan itu, ketika beliau merasmikan Persidangan Tahunan Umno Bahagian Tenom diDewan Sri Antanom pada baru baru ini.

PENDUDUK ORANG ASAL
Zaid merupakan bapa angkat kepada Umno Bahagian Tenom bimbang jika masalah tanah yang menjadi teras utama isu dikawasan itu tidak dapat diselesaikan secepat mungkin akan memberi masalah kepada BN yang ditunjangi Umno untuk memenangi kerusi dikawasan itu pada pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14).

Malahan beliau turut simpati dengan kebajikan para penduduk dikawasan Tilis seramai 477 orang yang bakal terlepas tanah masing masing jika kerajaan khususnya Jabatan perhutanan tidak bertimbang rasa merampas tanah tanah mereka yang telah diusahakan hampir sedekad lalu.

Namun sikap prihatin Zahid tidak bermakna beliau ingin campur tangan dengan urusan tanah diperingkat negeri, sebaliknya menegaskan bahawa demi keadilan dan demokrasi beliau bersedia menemui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa haji Aman untuk membincangkan masalah tersebut.

 Dalam pada itu, mengikut fakta asalnya, penduduk disitu seramai 477 orang merupakan penduduk asal dua perkampongan iaitu Kg Sumanggulu dan Kg Kabintaluan dalam Mukim Rundum dipindahkan ke Kg Tilis dibawah program penempatan semula kelompok miskin semasa era kerajaan parti Berjaya sekitar tahun 1978.

 Kerajaan pada masa itu memikirkan bahawa dua perkampongan asal penduduk itu (Kg Sumanggulu dan Kg Kabintaluan) sukar dicapai menerusi jalanraya untuk membolehkan penduduk terbabit menikmati corak penghidupan baru yang mempunyai infrastruktur moden seperti klinik kesihatan, sekolah dan jalanraya. 

Berdasarkan itu, kerajaan pada ketika itu telah memutuskan bahawa langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah kemiskinan dan penghidupan berkelompok kelompok yang sering berpindah randah adalah dengan memindahkan mereka ke Kg Tilis sebagai penempatan baru mereka sekitar tahun 1978. ends///....(Mail Mathew)

 Caption:- 1.IMG_6848(1) - Yambaris Muli 39, salah seorang peserta bantahan di kg Tilis. 2.Gambar ORANG ASAL - Sekumpulan 'orang asal' membentangkan kain 'banner' ketika menghadiri persidangan Umno Tenom pada Sabtu.

Ahad, 29 Jun 2014

PENDUDUK 477 ORANG KG TILIS BAKAL KEHILANGAN TANAH DAN PERKAMPONGAN

Oleh: Ambrose M.Matthew

KEMABONG: Penduduk Kg Tilis seramai 477 orang yang didakwa Jabatan Perhutanan telah menduduki tanah kawasan hutan simpan secara haram akur dan mematuhi arahan kerajaan keluar dari kawasan itu sekiranya Jabatan Perhutanan telah dapat membuktikan batu sempadannya dengan jelas mengikut lakaran dalam peta.

Penduduk buat sekatan jalan masuk sebagai mempertahan hak perkampongan Tilis dari dicerobohi luar
Difahamkan bahawa pengakuan mereka itu dibuat dihadapan Pegawai Perhutanan Daerah Keningau, Pegawai Perhutanan Tenom, wakil Pegawai Sabah Forest Industry (SFI) dan Ketua Polis Daerah Tenom dalam satu perjumpaan di Balai Polis disini pada Rabu.

 Bagaimana pun, tiga wakil penduduk Ali @ Suril bin Tampis 53, Saul bin Surang 34, dan Yambaris bin Muli 39, sebagai jurucakap penduduk disitu ketika memberitahu pemberita pada Rabu, bahawa status mereka dikawasan itu sebagai penempatan Kg Tilis yang diusahakan kerajaan lalu (era Parti Berjaya) sejak tahun 1978 atas dasar penyusunan semula masyarakat miskin.

Mereka mendakwa, isu penempatan mereka disitu telah pun dibawa ke pengetahuan kedua dua wakil rakyat
Suril Tampis @ Ali
iaitu Ahli Parlimen Datuk Raime Unggi dan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang supaya Jabatan Perhutanan tidak bertindak drastik keatas mereka malahan mereka perlu menimbang semula status mereka.

Menurut mereka (jurucakap), Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan juga pernah melawat kawasan terbabit sekitar bulan Febuari tahun ini (2014) dimana hasil lawatannya tidak dapat mengesan lokasi sempadan yang sahih seperti yang didakwa Jabatan Perhutanan.

Bagaimana pun, pada 18.6.2014 sepasukan Penguatkuasa Jabatan Perhutanan datang ke kawasan itu terus
Saul Surang
menggeledah kawasan terbabit dan merobohkan beberapa pondok rehat milik penduduk kampong selain menebang pokok pokok sawit yang ditanam penduduk kampong.

Ekoran kejadian itu, penduduk kampong merasa marah dan mengambil tindakbalas dengan mendirikan benteng halangan keatas jalanraya yang memasukki kawasan tersebut dimana antara lain tujuannya untuk menghalang kejadian itu berulang lagi dan mungkin akan mengundang kejadian buruk berlaku.

Selain itu, ketika ditanya berhubung perkara tersebut, jurucakap penduduk itu Ali @ Suril bin Tampis 53,
Yambaris Muli
ketika ditanya berkata, “ Kami bukan menentang kerajaan atau memperlekehkan kerajaan tetapi kami mahu keadilan dan mempertahankan hak kami sebagai penduduk miskin.

“ Sedangkan kami mahukan pembelaan daripada kerajaan dengan sewajarnya....(jikalaulah) tanah kami yang sudah pun mengeluarkan hasil ini dirampas balik kerajaan...(jadi) bagaimana dengan masa depan anak anak kami untuk meneruskan penghidupan,” tegasnya.

Manakala, Saul bin Surang 34, kecewa dengan sikap kerajaan yang bertindak keterlaluan tanpa mengambilkira status mereka yang dikategorikan sebagai golongan miskin. Disebabkan tindakan tidak berperi kemanusiaan itu sudah pastilah masa depan penduduk disini menuju ke laluan kegelapan. Seorang lagi,

Yambaris bin Muli 39, amat mengharapkan agar masalah tanah mereka dapat diselesaikan dengan secepat mungkin mengikut pertimbangan dan budibicara kerajaan kerana mereka telah pun menerokai kawasan itu kira kira lebih 30 tahun lalu tanpa gangguan kerajaan.

“ Sejujurnya kami tegaskan bahawa usaha titik peluh kami selama lebih 30 tahun lalu sudah pun membuahkan hasil seperti tanaman getah dan kelapa sawit...malahan ekonomi kami pun bolehlah dikatakan sangat baik daripada sebelum kami dipindahkan ke kawasan penempatan Kg Tilis ini.

“ Mana sudah slogan kerajaan yang mendahulukan rakyat dan janji ditepati yang mana antara lain fokusnya untuk mengutamakan bantuan kepada rakyat yang bermasalah atau miskin...inilah janji janji yang kami harap harapkan ini.

“ Kami juga sangat gembira apabila Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman sering kedengaran dimana mana majlis bersama rakyat memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengeluarkan tanah hutan simpan untuk diagih agihkan kepada rakyat yang tidak bertanah malangnya bukan pula dapat tanah tetapi ditarik balik tanah kami,” tegasnya.

Mengikut tinjauan dan fakta asalnya, bahawa penduduk disitu seramai 477 orang merupakan penduduk asal dua perkampongan iaitu Kg Sumanggulu dan Kg Kabintaluan dalam Mukim Rundum dipindahkan ke Kg Tilis dibawah program penempatan semula kelompok miskin semasa era kerajaan parti Berjaya sekitar tahun 1978.

Kerajaan pada masa itu memikirkan bahawa dua perkampongan asal penduduk itu (Kg Sumanggulu dan Kg Kabintaluan) sukar dicapai menerusi jalanraya untuk membolehkan penduduk terbabit menikmati corak penghidupan baru yang mempunyai klinik kesihatan, sekolah yang berhampiran.

Maka kerajaan telah memutuskan bahawa langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah kemiskinan dan penghidupan berkelompok kelompok malah sering berpindah randah adalah dengan memindahkan mereka ke Kg Tilis sebagai penempatan baru mereka sekitar tahun 1978.

Sehubungan itu, banyak pihak berpendapat bahawa memandangkan kehadiran mereka (penduduk) disitu atas dasar program kerajaan pada masa itu untuk membantu mengatasi masalah kemiskinan dengan menyusun semula masyarakat dengan mengujudkan penempatan penduduk terbabit ke Kg Tilis sepatutnya kerajaan hari ini mengeluarkan kawasan itu dari hutan simpan dan diwartakan sebagai penepatan penduduk.

Eends///...

Caption:- Gambar TILIS DIANIAYA 1- Kelihatan penduduk mendirikan benteng halangan supaya kenderaan tidak dapat memasukki kawasan terbabit. Gambar TILIS DIANIAYA 2- Tanaman kelapa sawit milik penduduk dimusnahkan Penguatkuasa Jabatan perhutanan. IMG_ 6846- Ali@ Suril bin Tampis. IMG_ 6847 - Saul bin Surang IMG_ 6848 - Yambaris bin Muli.